Permainan Politik

 *RAHSIA JAHAT TUN DR MAHATHIR TERBONGKAR*


Saya ni Ina adalah anak perempuan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, Setiausaha Sulit Kanan, Tun Dr Mahathir Mohamad, dari tahun 1981 sehingga bersara tahun 2000.  Sebagai Setiausaha Sulit Kanan, ayah saya mengetahui banyak perkara selama ini tersembunyi dari pengetahuan seluruh rakyat Malaysia khas rakyat Sabah.  Saya cuma berkongsi fakta apa yang ayah ceritakan sebelum meninggal dunia akibat penyakit yang ayah deritai bertahun-tahun lamanya. 


Bermula dgn krisis politik yang melanda Sabah tahun 1994, semasa itu Pilihan Raya DUN Sabah telah diadakan.  Kemenangan memihak kepada PBS dengan majoriti tipis, dan Mahathir mengarahkan Anwar Ibrahim (waktu itu menjawat jawatan Menteri Kewangan) utk meluluskan pengeluaran dana awam untuk tujuan membeli beberapa ADUN PBS supaya melompat parti. Namun Anwar dengan tegas menolak usul itu kerana tidak beretika dan merosakkan sosio-politik Sabah tanpa berkesudahan.  Bermulalah ketegangan hubungan antara Anwar dengan Tun Dr Mahatir.  Mahatir mengenepikan Anwar dalam rancangannya merampas pemerintahan Sabah dari PBS secara tidak beretika.  Untuk mendapat dana membeli ADUN PBS yang sedia melompat, Tun Dr Mahatir Mohamed mengarah Muhyiddin Yassin  membuat pinjaman peribadi daripada syarikat Petronas di mana Mahatir sebagai  penjamin.  Urusan  pinjaman dana ini Anwar tak dapat halang kerana di luar tugas sebagai Menteri Kewangan.  Selesai mendapat dana yang mencukupi Tun Dr Mahatir mengarah Muhyiddin Yassin pergi ke Sabah untuk tujuan sogokan kepada ADUN PBS yang sedia lompat parti. Secara kebetulan Muhyiddin Yassin adalah wakil Anwar dalam apa saja tugasan rasmi. Sebab itulah rakyat Sabah sampai ke hari ini masih beranggapan menyogok ADUN PBS supaya berpaling tadah adalah rancangan Anwar. Sedangkan kenyataannya Anwar  langsung  tidak terlibat.


Pihak Persekutuan sedar Kerajaan yang dibentuk melalui rampasan kuasa tidak beretika pasti tumbang, untuk mengelak ini berlaku,  Tun Dr Mahatir merancang satu langkah yang di panggil ”Fix Deposit Sabah”. 


Caranya mendaftar seberapa ramai pendatang asing utk diberi kad pengenalan Sabah. Tugas ini Tun Dr Mahathir serahkan kepada Datuk Sanusi Jonid. Tun Dr Mahathir sedar dana awam sukar diperolehi untuk membiayai kerja kotor ini kerana Menteri Kewangan yang tidak boleh bertolak ansur dengan kerja yang tak berfaedah serta merosakkan institusi masyarakat khasnya di Sabah. Oleh itu Tun Dr Mahahtir mengarah Sanusi Jonid membuat pinjaman peribadi kepada syarikat Malaysia yang berdaya maju ketika itu seperti khazanah, Perwaja dan MAS. Syarikat-syarikat ini tidak ada masalah meluluskan pinjaman jika penjaminnya adalah Perdana Menteri sendiri.  Selepas mendapat dana biaya kerja kotor ini, Sanusi Jonid pergi ke Sabah bertemu dgn beberapa orang utk melaksanakan kerja kotor. Melihat kerja yang  begitu agresif, ayahanda dapat jangkakan sekitar hampir sejuta pendatang asing diberi Kad Pengenalan Sabah. Mereka yang mendapat kad pengenalan ini diketagori sebagai golongan yang mempunyai dua kewarganegaraan. Warga Sabah dan pada masa yang sama warganegara di mana  mereka berasal. Status golongan dua warganegara ini menguntungkan pendatang asing kerana keistimewaan diperolehi sama ada di Sabah mahu pun di negara asal mereka. Ini termasuklah peluang pekerjaan, perniagaan  dan hak milik tanah di mana mereka mendirikan rumah tempat tinggal. Kesan paling ketara Malaysia mengalami kebocoran wang ke negara asing sebanyak RM7.5 bilion setahun apabila pendatang asing berkad pengenalan sabah ini membawa sejumlah wang Malaysia balik ke negara asal mereka. Masalah ini jadi penyumbang utama susut nilai mata wang Malaysia. 


Seiring masa berlalu, orang Sabah yang bersekongkol  memberi kad pengenalan kepada  pendatang asing  mulai sedar kesan daripada perbuatan  mereka  sendiri apabila terjadi persaingan dalam pelbagai bidang khususya bidang perniagaan dan hak kepemilikan tanah adat. Walau pun mereka tampil buat pengakuan akan keterlibatan, namun tak dapat berbuat apa-apa kerana UMNO yang memegang kekuasaan penuh di Sabah. UMNO sangat bergantung harap kepada golongan warga asing berkad pengenalan Sabah dalam mengekal kuasa di Sabah. Ditambah dengan parti tempatan Sabah sendiri bergabung dengan UMNO meningkatkan lagi fix deposit yang hanya menguntungkan UMNO sahaja. 


Peristiwa tahun 1998 kekal dalam ingatan ayahanda sebagai tahun paling malang bagi geo-politik di Malaysia susulan pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan paling menonjol dalam Sejarah Malaysia. Anwarlah yg meletakkan nama Malaysia dengan jolokan Harimau Asia. Punca pemecatan Anwar kerana keengganan Anwar ikut arahan Mahathir membeli ADUN PBS dengan menggunakan dana awam. Kemuncak permusuhan Anwar/Mahathir semakin tegang  bila mana Anwar enggan meluluskan dana awam untuk digunakan Mukhriz anak Mahathir membeli syarikat MAS. MAS di zaman Anwar merupakan syarikat awam Malaysia yang paling menguntungkan. Mahathir  mencari jalan bagaimana menyingkir Anwar daripada kabinet. Mulalah Tun Dr Mahathir mengupah beberapa orang utk mecari kesalahan Anwar dalam tatacara mengurus kewangan. Ternyata Anwar bersih tanpa menyalahgunakan walau sesen pun dana awam. Hal ini menggusar Mahathir. Mahathir mencari cara lain untuk menyingkirkan Anwar. Satu-satunya cara melalui permainan keruntuhan moral.  Konspirasi skandal  Anwar dgn isteri orang dan kes liwat dirancang sebegitu rupa.  Akhirnya Anwar dipecat dari kabinet Kerajaan Malaysia atas alasan salah laku moral.


Pengaruh dan ketokohan  Anwar menakutkan Mahathir. Mahathir merancang bagaimana memasukkan Anwar ke dalam penjara. Jika salah laku pentadbiran sememangnya tidak punya alasan kukuh kerana Anwar mengamal urus tadbir bersih dan  berhemah. Satu-satunya cara iaitu mempergunakan Undang-Undang Syariah. Kes liwat adalah kesalahan berat yang boleh dipenjara  di bawah Undang-Undang  Syariah di Malaysia. Konspirasi kes liwat pun diketengahkan hingga Anwar  didapati bersalah dan dipenjarakan.  Hal ini melegakan Tun Dr Mahathir  tetapi sangat menjijikkan bagi ayahanda.


Era Anwar sebagai Menteri Kewangan berakhir sama sekali pada tahun 1998. Legasi peninggalan Anwar sebagai Menteri Kewangan mencapai laba yang sangat banyak dalam simpanan perbandarahan Malaysia. Tidak hairanlah banyak ahli politik yang rapat dengan Mahathir menawarkan diri jadi Menteri Kewangan yang baru menggantikan Anwar. Antaranya Daim Zainudin yang akhirnya dilantik terus oleh Tun Dr Mahathir tanpa melalui kelulusan kabinet. Berakhirnya era Anwar, perbelanjaan melebihi pendapatan tak terkawal. Ini disebabkan pemberian tender tidak melalui saluran yang betul  tetapi melalui saluran tender yang berlapis-lapis. Akibatnya sesuatu tender bernilai  RM450 juta pada mulanya meningkat dua kali ganda jadi RM900 juta. Ada project mega yang sudah diluluskan tapi  gagal dilaksanakan seperti Lapangan Terbang Antarabangsa, Pengerang Johor. 


Prinsip etika Tun Dr Mahathir sebagaimana  tanggapan ayahanda adalah double standard. Maknanya dalam pembahagian peruntukan Sabah/Sarawak diharuskan menerima  bahagian tidak melebihi  RM2 bilion setahun. Jika ada pemimpin Persekutuan yang meluluskan sesuatu project lebih RM2 bilion setahun Tun Dr Mahathir mengecopnya sebagai pengkhianat mandat Persekutuan. Anwar dicop sebagai pengkhianat mandat Persekutuan apabila meluluskan project hydro Bakun yang menelan belanja melebihi RM2 billion. Projek ini Dr Mahathir anggap sebagai projek yang membazir.  Walaupun dana peruntukan Sabah/Sarawak begitu sedikit, kedua negeri ini tetap membangun dengan dana sendiri hasil sektor pembalakan dan pelancongan. Sabah/Sarawak pasti sedar sepanjang 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri  berapa banyak agihan dana awam diperuntukkan.  

          

Saya bukan penganalisis politik. Saya juga bukan taksub dengan politik sama seperti ayahanda. Walaupun  ayahanda Setiausaha Sulit Kanan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad,  ayahanda tidak pernah sekali pun bergiat secara aktif dalam politik. Kerjaya ayah sebagai Setiausaha Sulit Kanan tidak lebih kepada batas kerja yang harus dilaksanakan dgn penuh amanah dan bertanggung jawab. Saya juga  bukan penyokong mana-mana parti politik. Saya sama seperti ayah yang sudah bosan dengan krisis politik berpanjangan bermula krisis politik di Sabah tahun 1994 hinggalah krisis politik Persekutuan peristiwa Langkah Sheraton.


Pada hemat saya jika Sabah mengundi BN yang ditunjangi UMNO bererti para pengundi Sabah menyokong agenda UMNO terus mempertahankan warga asing yang berkad penganalan Sabah tanpa perlu ditapis secara menyeluruh. Selagi UMNO menguasai politik Sabah isu pemberian kad pengenalan Sabah kepada warga asing tidak akan temui penyelasaian. 

   

Jika Sabah menyokong parti pejuang bermakna pengundi Sabah menerima dengan rela hati perbuatan dan prinsip  etika double standards Tun Dri Mahathir. begitu juga dengan para pengundi Sarawak. 

        

Untuk mengubah landscape  politik Malaysia ke arah yang lebih baik  legasi  pangaruh politik kotor Tun Dr Mahathir  harus dihapuskan sama sekali dalam kancah politik Malaysia. Cuma Anwar saja satu-satunya yang mampu melakukannya. ayahanda berterus-terang Mahathirlah yang merosakkan institusi  politik di Malaysia.

   

Secara peribadi saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khasnya  di Sabah supaya memberi mandat kepada Dato Seri Anwar Ibrahim  dengan mengundi calon-calon Pakatan Harapan walau di mana pun mereka  bertanding. Ketepikan dulu calon survive calon pilihan kita bagi memberi tumpuan  membaiki kerosakan akibat permainan politik kotor Tun Dr Mahathir. Bebaskan politik Malaysia  daripada  pangaruh  politik  kotor mahathir dengan memberi mandat kepada Dato Seri Anwar  melaui undi calon-calon Pakatan Harapan.

    

Kesan pemberian kad pengenalan Sabah kepada pendatang asing bukan saja memberi kesan negatif kepada Sabah juga memberi kesan negative kami di Semananjung.  

Pendatang asing berkad penganalan Sabah ini turut memonopoli pekerjaan  di Semenanjung  seperti pemandu  bas awam,  lori  dan kerja kilang. Sukar diterima pendatang asing  berkad penganalan Sabah  ini banyak terlibat dengan kes jenayah  ditempat kerja. Masih segar di ingatan seluruh rakyat Malaysia tentang rompakanbank terancang tahun 2014 melibatkan pengawal keselamatan pendatang asing berkad pengenalan Sabah. Pegawal keselamatan pendatang asing berkad penganalan Sabah berpangkat  konstabel menembak mati  pegawai  Ambank dalam store peti simpanan  wang dan membawa lari RM12 juta. Kecekapan polis berjaya mengesan penjenayah serta mendapat kembali RM8 juta. Dalang utama  penjenayah dan  baki RM4 juta  masih belum dikesan sampai ke hari ini.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


[19/11, 00:08] Jude: Naah satu demi satu itu polisi Agenda UMNO jejak Sabah terkeluar!


Walaupun Mahathir perancang besar, polisi Agenda Malaya ini atas Sabah adalah polisi sejak dari Tun Razak menghantar agen hebatnya Syed Kechik ke Sabah pada tahun 1967 demi menyebelahi USNO Tun Mustapha pecah belah KDMR, Cina n bumi Islam Sabahans! Hancurkan parti unggul KDMR iaitu UPKO  - Donald Stephens, pengislaman besar2an orang2 KDMR dan juga projek banjir Sabah dgn pendatang asing terutama dgn pelarian perang MORO.


UMNO juga perancang tubuh Berjaya tumbang USNO, perancang ambil minyak Sabah hingga dapat milik minyak secara PDA1974 yang ditandatangani pada Jun 1976, 2 minggu selepas nahas Double Six!


Walaupun Dr. Mahatir lepas dari Presiden Umno, polisi Agenda Malaya konkong dan bolot minyak Sabah ini, juga Projek warga pengundi asing 1980-2018, disambung oleh UMNO, juga oleh PPBM  PN hingga ke hari ini!


*Ina (Anak ppuan Tan Sri Abd Aziz Shamsuddin -bekas SU Sulit Kanan Tun Mahathir)*

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Zainal bin lazim